Breaking News
Loading...

FAJ : Knowledge Sharing

Agama

Informasi Minda

Shaklee

Info Shaklee

Recent Post

Showing posts with label Informasi Minda. Show all posts
Showing posts with label Informasi Minda. Show all posts
Thursday, 1 June 2017
Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?

Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?

Post ini ditujukan khas buat anda yang belum jumpa lagi nak buat bisnes apa yang sesuai dan berpanjangan. Berpanjangan maksud Pae adalah produk yang bukan macam biskut, sekejap ada, lamaaa sangat tiadanya dan akhirnya terus hilang di pasaran.

Kita pun jadi penat asik nak lompat-lompat bisnes kan?

Dah lama kan Shaklee?

Shaklee adalah perniagaan MLM iaitu pemasaran bertingkat. Jangan salah faham dahulu, Shaklee tidak sama langsung dengan skim cepat kaya mahupun apa-apa jenis pelaburan yang menggelapkan mata dengan tawaran singkat yang tak masuk akal.

Cari MLM yang mempunyai sistem yang betul dan adil

Shaklee, you have to earn rank, work hard dan nak achieve financial freedom boleh hilang separuh nyawa jugak rasanya! 😅 Walau kedengaran susah, tapi tidak mustahil. Ada rank yang kita layak untuk pegang, dan ya, ada juga target yang perlu kita capai.

Semua bisnes pon ada target kan? Dalam Shaklee, kita hanya follow the system. Kiranya Shaklee dah sediakan jalannya. Kerja kita adalah share kebaikan produk Shaklee dan teruskan menaja lebih ramai lagi yang ingin berniaga.

Start small, end big! 😎

Dijamin sistem yang adil dan betul. Tidak menindas dan tidak perlu pelaburan yang ribu-riban untuk memulakan bisnes Shaklee.

Hanya RM80 sahaja. Untuk membership renewal hanya RM30 dan akan dipulangkan balik dalam bentuk baucer belian.

2017 adalah tahun ke 5 Pae menyertai Shaklee. Alhamdulillah semakin kukuh dengan pilihan yang dibuat dan no turning back! Dah dipertengahan rank dan ada half way lagi yang Pae nak teruskan untuk capai the highest rank dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Mohon anda doakan kejayaan Pae ye! 😀

Shaklee tawarkan kita 3C.

1. Cash (unlimited)

  • Ganjaran berbentuk tunai yang akan dibayar semasa 14hb setiap bulan. Kita panggil bonus. Ada kiraan yang tertentu dan bayaran yang berbeza juga based on performance kita. Ya, based on berapa sales yang kita buat sepanjang bulan tersebut. Lagi besar sales, maka besarlah bonus.
  • Untung runcit juga anda boleh dapat dari jualan. Kira macam duit sayur lah kata orang tu kan. Keuntungan runcit adalah sehingga 33% bagi setiap barang Shaklee yang kita jual.

2. Car incentive (unlimited)

  • Shaklee tak bagi kereta, Shaklee akan bagi elaun bulanan untuk kita bayar sendiri ansuran bulanan kereta idaman kita tu. 
  • Amaun ini bukan tetap, dan dikira based on group performance's. Lagi tinggi sales yang group kita buat, maka besarlah jugak elaun kereta kita.
  • Minimum untuk elaun kereta ini adalah RM500++
  • Tiada maksimum amaun. 😱

3. Convention

  • Percutian luar negeri ni kita dapat based on point yang terkumpul sepanjang 1 cycle. Maksudnya dalam setahun kita berbisnes Shaklee, akan ada point yang terkumpul. Jika kita achieve at certain level maka kita akan pergilah bercuti dengan percuma. Shaklee bayar semuanya. Kita bawak duit shopping aje. 😍
  • Percutian ini adalah bertaraf 5 bintang
  • Boleh bawa parents

Sukalah Pae nak share akan kelainan Shaklee ni dari segi produk dia, dengan apa yang ada di pasaran. Kekuatan produk Shaklee inilah yang membuatkan Shaklee glamour di Malaysia ni. Untung kan kita jadi wakil jualan? Produk hebat, memang orang cari! Bukak je mulut, "Saya jual Shaklee", berdesup orang nak order.

Ini pengalaman Pae. Rasa seronok orang kenal Shaklee. Rasa tak susah nak promote! Ada tu siap dah dengan nama suplemen nak tanya pendapat Pae. So, kita yang nak menjual pun kena lah ada ilmu kan?

3 elemen penting perlu dipertimbangkan sebelum memilih suplemen
Susah ke jual Shaklee?

Tak susah kalau sebenarnya kita amalkan konsep sharing.

Share lah apa yang best dengan suplemen Shaklee yang anda makan.

Dari situlah orang akan berani nak cuba jugak.

Fresh testimonial kan kita bagi?

Live lagi tu!

Shaklee ada 3 kumpulan produk;
1. Home
2. Nutrition
3. Beauty

Tak perlu menjual semua, hanya fokus mana yang anda suka!
Semoga post ini bermanfaat buat anda. Pae harap membantu juga untuk anda buat keputusan memulakan bisnes. Dan semestinya lah Pae nak ajak anda buat bisnes Shaklee bersama-sama Pae!

So, berminat nak join team Pae kan? 😉
----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN, SEREMBAN 2, JELEBU, MANTIN, NILAI, PORT DICKSON
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------
Monday, 7 November 2016
Petua Nak Hilangkan Whitehead dan Blackhead, Mudahnya!

Petua Nak Hilangkan Whitehead dan Blackhead, Mudahnya!

:: NAK SHARE ::
Buat korangs yang tak sempat nak ke facial.
Mudah je nak nyahkan segala whitehead dan blackhead korangs tu.
Pae dah buat, so nak ajak korangs buat gak eh.
Bahan-bahan
-------------
1. Soda bikarbonat
2. Ubat gigi (tak kisahla jenama ape, asalkan ubat gigi korangs yang punya)
Caranya
--------
1. Picitkan ubat gigi dalam piring kecik je, tapayah pinggan, tapayah besen, agak-agak banyak mana nak pakai ye, Pae tadi buat untuk hidung dan kat bawah dagu.
(Memang situlah yang paling bermaharajalela kan! :D )
2. Soda bikarbonat tu sukatannye pon sama macam ubat gigi tadi.
Serbuk soda ni dia macam kasar sikit tapi tak sakit la bila korangs menonyoh dengan perasaan benci tu nanti. :)
3. Gaulkan sebati, tapayah letak air ye, biar aje hidup-hidup macamtu.
4. Tepek terus kat tempat yang berleluasa korangs punye whitehead dan blackhead tadi.
5. Buat la urutan lembut, nak garu ke nak tonyoh ke tapi lembut je tau.
6. Dah sampai level puas hati tu, lap dulu dengan tisu basah ye. Kot takde, korangs basahkanlah tisu yang ade, jangan mintak kat Pae. :)
7. Cuci dengan sebersihnya.
8. Senyum sampai belakang telinga sebab segala kaum-kaum whitehead dan blackhead dah puff! Hilang!
Selamat cuba-jaya!
Kalau ada belen lagi korangs punye adunan tu, jangan kedekot, buatkan kat suami sekali hokays?
Benda ni memang berhasil, maka "Share" lah dengan gembira!

Lepastu dah boleh telan Vita-E Complex dan Vit C Plus Shaklee ya!

Barulahhh peloles~

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN, SEREMBAN 2, JELEBU, MANTIN, NILAI, PORT DICKSON
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------
Tuesday, 6 January 2015
Selamat Tahun Baru buat pengguna Shaklee!

Selamat Tahun Baru buat pengguna Shaklee!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih,
Terima kasih,
Terima kasih daripada FQRAYAKAYA dan kami sekeluarga.

Selamat tinggal Tahun 2014. Selamat datang Tahun 2015. 


Alhamdulillah dan syukur saya diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan anda semua terutama pembaca blog ini dan yang terindah adalah pelanggan-pelanggan yang setia bersama saya di FQRAYAKAYA.

Pelbagai dugaan dan cabaran yang saya tempuhi pada tahun lepas dan ini tahun ke 2 saya mengorak langkah dalam perniagaan online. Tahun 2014 adalah paling kritikal buat fqrayakaya yang bertatih memulakan perniagaan. Fokus sepenuhnya saya berikan kepada bidang perniagaan dan setiap hari adalah hari kebangkitan walaupun pedih untuk berdiri. Corat-coret lalu, saya jadikan azam serta panduan untuk pertingkatkan usaha dan berlipatkali ganda tenaga untuk menjadi kaya dan berjaya.

Sombong dan bongkak ke dengan kenyataan mahu jadi kaya??? Adakah saya lupa pada Tuhan Pencipta Alam??? Tidak. Tidak. Tidak. Saya tidak lupa asal usul dari mana saya datang dan kepada siapa saya kembali!

Saya tetap mengutamakan perkara yang wajib atas diri ini dan dengan Nya tempat saya meminta dan merujuk bagi memastikan apa yang dilakukan tetap dan kekal diredhaiNya. Saya amat tertarik dan berfikir sejenak dengan pernyataan DAO seperti dibawah:-

"Bayangkan kalau anda hanya tinggal satu hari sahaja untuk hidup. Apakah yang anda akan buat pada hari ini? Apakah yang bakal anda tinggalkan untuk keluarga anda? Apakah yang anda mahukan yang terbaik untuk anak-anak anda terus hidup tanpa anda di sisi mereka? Persoalannya, adakah kita semua betul-betul bersedia? Adakah kita semua sudah tahu apa rancangan kita untuk menghadapi 2015 nanti?"

Apakah yang anda lakukan??

Ini lah keputusan yang saya buat supaya dapat membantu semua orang yang memerlukan dan meningkatkan kehidupan keluarga sendiri. Berat bahu saya memikul setelah mengambil keputusan untuk berniaga. Namun berkat sokongan keluarga, rakan-rakan dan kamu samua saya tetap bersedia menghadapi liku liku hidup. Kata orang jika kita tidak tempuhi kita tidak tahu susah dan senangnya. Apa yang saya amalkan untuk terus kehadapan dan meminta keberkatan adalah berikut:-
  1. Niat kerana mahukan redha Allah swt dan kasih sayangNya serta kasih sayang kekasihNya baginda Nabi saw.
  2. Gembirakan makhluknya dengan amalan bersedekah. 
  3. Sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi dan teruskan usaha.
Ini antara perkara yang saya amalkan dan ianya sangat positif. Ianya memberi keyakinan kepada saya untuk terus berusaha mencari rezeki yang halal.

Jutaan terima kasih kepada anak-anak perniagaan saya yang sentiasa memberi sokongan dan bersama-sama membina empayar perniagaan ini.  

Jutaan terima kasih juga kepada para pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan FQRAYAKAYA sebagai medan rujukan. Sokongan dan kesetiaan anda sangat-sangat kami hargai. Semoga di masa akan datang saya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Orang berbudi kita berbahasa, oleh itu luas tapak tangan saya tadahkan jika anda semua masih memilih untuk  berurusan lagi dengan saya.

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN, SEREMBAN 2, JELEBU, MANTIN, NILAI, PORT DICKSON
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------
Wednesday, 15 October 2014
Mudahnya Memulakan Perniagaan

Mudahnya Memulakan Perniagaan

"Siapa yang berusaha pasti mendapat balasannya" 

Semua orang pandai mengungkapkan katanya tetapi tidak tahu untuk memulakannya, melaksanakannya dan menghadapinya. Biasa la, cakap tidak mahu kalah dan mereka sahaja yang betul. Anggap ianya adalah dugaan dalam adat berniaga.



Selamat Pagi Rakan-Rakan Seperjuangan,

Syukur kepada Tuhan kerana diberi kesempatan untuk memulakan perniagaan pada hari ini. Perjuangan perlu diteruskan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup dan bersedekah sebahagian daripada rezeki yang diterima.

MUDAHNYA BERNIAGA,

Mengapa saya mengagap ianya mudah?

Pandangan dan pendapat perlu dikongsi:-


  • Mesti bersikap positif setiap kali memulakan perniagaan
  • Mesti yakin
  • Berpengetahuan kerana ianya saling berkaitan
  • Pelbagai medium boleh digunakan seperti walk in, online, phone talk dan pengedaran flyers
  • Modal besar. Tidak semestinya kerana tanpa modal juga boleh berniaga seperti dalam perniagaan MLM
  • Tempat bukannya isu kerana dimana-mana sahaja boleh dimulakan tanpa tempat. Mulakan daripada rumah.
  • Tidak berani ingin mulakannya? Jangan risau mulakannya selangkah daripada sekarang kerana jika tidak langkah kamu akan semakin jauh
  • Malu? Pelbagai cara boleh mengatasi perasaan malu seperti gunakan medium online atau pengedaran flyers
  • Perkhidmatan? Servis? Abad ini pelbagai cara boleh digunakan seperti agen penghantaran
  • Perkara paling PENTING tidak kira bangsa dan kepercayaan adalah BERDOA KEPADA TUHANNYA
Saya bukannya pandai dalam dunia perniagaan tetapi ingin membantu dan bersama-sama mengecapi kejayaan. Jika bukan kita siapa lagi yang akan meningkatkan ekonomi negara dan membantu orang yang memerlukan.

Fikir-fikir,

Adakah kamu ada cita-cita ingin membantu mereka yang memerlukan dan bersedekah? Untuk siapa amalan itu? UNTUK KAMU.........UNTUK KAMU........UNTUK KAMU......

SAYA SUDAH............KAMU SUDAH???????????????????

Berminat untuk menjadi SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR? Klik sini

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN 2, JELEBU
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------
Monday, 6 October 2014
Perangi Jenayah Internet, Mulakan Langkah Anda Sendiri

Perangi Jenayah Internet, Mulakan Langkah Anda Sendiri

Jenayah Internet...mesti pada masa kini menjadi trending sebab ianya boleh menghilangkan dan memanipulasi pelbagai sistem. Kerja siapa ye...mesti hebat individu tersebut. Mungkin dalam negara @ luar negara. Adakah ianya boleh ditangani oleh kita sebagai pengguna IT terutama para peniaga online yang mana hari-hari menghadap komputer untuk mencari rezeki. Begitu juga lain-lain perniagaan yang menggunakan medium IT sebagai core business. Saya hanya ingin berkongsi bahan rujukan dan sembang-sembang bersama rakan mengenai tips menangani jenayah internet.



Umum mengetahui, untuk menghalang jenayah ini daripada berkembang pesat mungkin memakan masa dan cara mengikut peredaran zaman. Namun apa yang boleh kita lakukan adalah bermula pada diri sendiri.

Langkah yang perlu iaitu:-
  • Apabila berurusan secara direct online tanpa perlu berjumpa, kita hendaklah membuat kaji selidik mengenai individu yang berurusan seperti maklumat peribadi, syarikat dan lain. Namun,  ianya bergantung kepada nasib kerana kita tidak mengetahui mengenai niat individu tersebut.
  • Sekiranya perlu adakan perjumpaan adalah lebih praktikal selepas perbincangan online dibuat untuk mendapat kepuasan kedua-dua pihak.
  • Pastikan perbincangan dibuat mengenai sesuatu harta atau perkhidmatan yang ditawarkan difahami terlebih dahulu sebelum membuat persetujuan dan bayaran.
  • Jika perlu ambil gambar sebelum menghantar atau semasa menerima barang melalui pos. Jika COD boleh juga diambil gambar sebagai bukti.
  • Kebiasaannya ada penjual yang mengemukakan resit perniagaan dan ada juga tiada dibekalkan resit. Ianya tiada masalah sangat, apa yang lebih penting komunikasi semasa perbincangan. Kadangkala, perniagaan online ini ada pelbagai jenis. Ada yang suka-suka dan ada juga yang serius.
  • Yang paling penting apabila bayaran dibuat, simpanlah resit pembayaran sebagai rujukan kelak.

Pada hemat saya, perniagaan online ini paling mudah hendak perdayakan seseorang. Namun sebagai pengguna dan penjual, jangan sesekali terus percaya dengan urusan yang dibuat. dapatkan info dan lain-lain maklumat yang perlu. Jika boleh lakukan semakan daripada syarikat, agensi atau badan kerajaan. 



Pepatah orang kita " bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian ". Tanya diri anda dan pilih la jalan sendiri. Sekadar nasihat dan perkongsian minda.


----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN 2, JELEBU
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------
Saturday, 4 October 2014
Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha



Dikesempatan ini,

Saya amat berbesar hati dan bangga 
ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidiladha
daripada Keluarga fqrayakaya

Kepada

Semua anak2, cucu dan cicit serta warga Shaklee khususnya dan semua pembaca yang prihatin

Sokongan dan nasihat anda diucapkan
Ribuan terima kasih

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN 2, JELEBU
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------
Thursday, 25 September 2014
Berita Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Tak Benar

Berita Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Tak Benar

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang tersebar luas melalui media sosial.
JPA dalam kenyataan di sini memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita berkenaan sekiranya ada menerimanya.
Berita yang mendakwa kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji baharu mulai 1 Januari 2015 didapati tersebar secara meluas di laman sosial dan ruang maya. 
sumber Bharian dan JPA
----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN 2, JELEBU
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------
YAKIN PADA DIRI ANDA TENTU ADA JALANNYA

YAKIN PADA DIRI ANDA TENTU ADA JALANNYA

Selamat pagi dan salam bergembira

Syukur, saya diberi kesempatan menikmati kehidupan pada hari ini. Saya juga gembira dapat menyiapkan keperluan dan sarapan pagi untuk keluarga. Mmmmmmm dah lama saya menunggu saat-saat indah ini. Bukan untuk mengampu kepada yang berkerja tetapi itulah hakikat sebagai seorang suri rumah dan bezanya bagi orang yang berkerja.

Namun, saya bukan hanya menjadi suri rumah sahaja sebaliknya saya juga mencari rezeki daripada rumah. Apa-apa yang boleh memberi rezeki kepada saya dan keluarga saya harus lakukan. Ini kerana pada masa ini perbelanjaan isi rumah semakin meningkat. Tiada masalah sekiranya suami yang bertanggungjawab terhadap semua perbelanjaan isi rumah, namun adakah beliau mampu untu menanggung semuanya...Bila saya tanya pada diri sendiri, boleh tetapi saya perlu membantu juga. Itulah trend kehidupan sekarang yang mana suami isteri perlu berkerja.

Saya percaya pada rezeki yang datang daripada Maha Esa. Sesungguhnya jika kita berusaha kepadaNya, sudah tentu kita akan dibalas olehNya. Bagaimana cara balasan yang dietrima itu, anda sahaja yang tahu. Cepat atau lambat itu perkara yang kedua, pokoknya kita mesti berusaha. Tidak kira apa bidangnya, berkerja sendiri atau makan gaji, semua itu rezeki yang diterima hasil usaha gigih seharian. Untuk siapa kita lakukan semua itu, sudah semestinya untuk keluarga yang tercinta.

Bagaimana kita mencorakkan kehidupan adalah berdasarkan kemampuan kita. Jika mampu melayan dunia kehidupan, kita lakukanlah tetapi jika kita tidak mampu, berpada-pada la. Bak kata orang" ukur baju di badan sendiri". Dunia-dunia ini memang indah. Kita yang menggayakan kehidupan keluarga bahagia ini.

Tamak ke saya..Tidak, jujurnya saya sedang dan masih berusaha untuk meningkatkan keharmonian keluarga. Memang pedih dan sukar untuk mendapatkan rezeki untuk keluarga. jalan yang ditempuhi banyak rintangan dan dugaan. Saya tetapkan pendirian.."BERUSAHA DAN BERDOA KEPADA TUHAN, SAYA PERCAYA KEPADANYA" Dugaan yang diberikan olehnya dengan redha saya terimanya.



Mulai hari ini, hari-hari yang mendatang dan hari-hari yang telah lalui selama ini, teruskan perjuangan bagi mendapatkan keberkatan dan kehidupan. Teruskan usaha yang telah anda lakukan, yang mana tidak berfaedah sila abaikan dan perbetulkan dan yang mana telah berada di jalan yang betul, laksanakan sehingga berjaya. Mari semua anak-anak ku, rakan-rakan seperjuanagan yang berniaga/berkerja dan semua umat manusia, laksanakanlah kewajipan mu...

Ihsan daripada FQ
----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN 2, JELEBU
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------
Wednesday, 24 September 2014
Informasi Kesihatan

Informasi Kesihatan

Sumber akhbar Metro....

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN 2, JELEBU
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------
Copyright © 2015 FQ RayaKaya All Right Reserved