Perangi Jenayah Internet, Mulakan Langkah Anda Sendiri
Jenayah Internet...mesti pada masa kini menjadi trending sebab ianya boleh menghilangkan dan memanipulasi pelbagai sistem. Kerja siapa ye...mesti hebat individu tersebut. Mungkin dalam negara @ luar negara. Adakah ianya boleh ditangani oleh kita sebagai pengguna IT terutama para peniaga online yang mana hari-hari menghadap komputer untuk mencari rezeki. Begitu juga lain-lain perniagaan yang menggunakan medium IT sebagai core business. Saya hanya ingin berkongsi bahan rujukan dan sembang-sembang bersama rakan mengenai tips menangani jenayah internet.
Umum mengetahui, untuk menghalang jenayah ini daripada berkembang pesat mungkin memakan masa dan cara mengikut peredaran zaman. Namun apa yang boleh kita lakukan adalah bermula pada diri sendiri.
Langkah yang perlu iaitu:-
- Apabila berurusan secara direct online tanpa perlu berjumpa, kita hendaklah membuat kaji selidik mengenai individu yang berurusan seperti maklumat peribadi, syarikat dan lain. Namun, ianya bergantung kepada nasib kerana kita tidak mengetahui mengenai niat individu tersebut.
- Sekiranya perlu adakan perjumpaan adalah lebih praktikal selepas perbincangan online dibuat untuk mendapat kepuasan kedua-dua pihak.
- Pastikan perbincangan dibuat mengenai sesuatu harta atau perkhidmatan yang ditawarkan difahami terlebih dahulu sebelum membuat persetujuan dan bayaran.
- Jika perlu ambil gambar sebelum menghantar atau semasa menerima barang melalui pos. Jika COD boleh juga diambil gambar sebagai bukti.
- Kebiasaannya ada penjual yang mengemukakan resit perniagaan dan ada juga tiada dibekalkan resit. Ianya tiada masalah sangat, apa yang lebih penting komunikasi semasa perbincangan. Kadangkala, perniagaan online ini ada pelbagai jenis. Ada yang suka-suka dan ada juga yang serius.
- Yang paling penting apabila bayaran dibuat, simpanlah resit pembayaran sebagai rujukan kelak.
Pada hemat saya, perniagaan online ini paling mudah hendak perdayakan seseorang. Namun sebagai pengguna dan penjual, jangan sesekali terus percaya dengan urusan yang dibuat. dapatkan info dan lain-lain maklumat yang perlu. Jika boleh lakukan semakan daripada syarikat, agensi atau badan kerajaan.
Pepatah orang kita " bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian ". Tanya diri anda dan pilih la jalan sendiri. Sekadar nasihat dan perkongsian minda.
----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN 2, JELEBU
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------
Perkara seperti ini boleh dielakkan jika kita sentiasa alert tindak tanduk kita semasa online.
ReplyDelete