Breaking News
Loading...
Tuesday 6 January 2015

Selamat Tahun Baru buat pengguna Shaklee!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih,
Terima kasih,
Terima kasih daripada FQRAYAKAYA dan kami sekeluarga.

Selamat tinggal Tahun 2014. Selamat datang Tahun 2015. 


Alhamdulillah dan syukur saya diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan anda semua terutama pembaca blog ini dan yang terindah adalah pelanggan-pelanggan yang setia bersama saya di FQRAYAKAYA.

Pelbagai dugaan dan cabaran yang saya tempuhi pada tahun lepas dan ini tahun ke 2 saya mengorak langkah dalam perniagaan online. Tahun 2014 adalah paling kritikal buat fqrayakaya yang bertatih memulakan perniagaan. Fokus sepenuhnya saya berikan kepada bidang perniagaan dan setiap hari adalah hari kebangkitan walaupun pedih untuk berdiri. Corat-coret lalu, saya jadikan azam serta panduan untuk pertingkatkan usaha dan berlipatkali ganda tenaga untuk menjadi kaya dan berjaya.

Sombong dan bongkak ke dengan kenyataan mahu jadi kaya??? Adakah saya lupa pada Tuhan Pencipta Alam??? Tidak. Tidak. Tidak. Saya tidak lupa asal usul dari mana saya datang dan kepada siapa saya kembali!

Saya tetap mengutamakan perkara yang wajib atas diri ini dan dengan Nya tempat saya meminta dan merujuk bagi memastikan apa yang dilakukan tetap dan kekal diredhaiNya. Saya amat tertarik dan berfikir sejenak dengan pernyataan DAO seperti dibawah:-

"Bayangkan kalau anda hanya tinggal satu hari sahaja untuk hidup. Apakah yang anda akan buat pada hari ini? Apakah yang bakal anda tinggalkan untuk keluarga anda? Apakah yang anda mahukan yang terbaik untuk anak-anak anda terus hidup tanpa anda di sisi mereka? Persoalannya, adakah kita semua betul-betul bersedia? Adakah kita semua sudah tahu apa rancangan kita untuk menghadapi 2015 nanti?"

Apakah yang anda lakukan??

Ini lah keputusan yang saya buat supaya dapat membantu semua orang yang memerlukan dan meningkatkan kehidupan keluarga sendiri. Berat bahu saya memikul setelah mengambil keputusan untuk berniaga. Namun berkat sokongan keluarga, rakan-rakan dan kamu samua saya tetap bersedia menghadapi liku liku hidup. Kata orang jika kita tidak tempuhi kita tidak tahu susah dan senangnya. Apa yang saya amalkan untuk terus kehadapan dan meminta keberkatan adalah berikut:-
  1. Niat kerana mahukan redha Allah swt dan kasih sayangNya serta kasih sayang kekasihNya baginda Nabi saw.
  2. Gembirakan makhluknya dengan amalan bersedekah. 
  3. Sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi dan teruskan usaha.
Ini antara perkara yang saya amalkan dan ianya sangat positif. Ianya memberi keyakinan kepada saya untuk terus berusaha mencari rezeki yang halal.

Jutaan terima kasih kepada anak-anak perniagaan saya yang sentiasa memberi sokongan dan bersama-sama membina empayar perniagaan ini.  

Jutaan terima kasih juga kepada para pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan FQRAYAKAYA sebagai medan rujukan. Sokongan dan kesetiaan anda sangat-sangat kami hargai. Semoga di masa akan datang saya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Orang berbudi kita berbahasa, oleh itu luas tapak tangan saya tadahkan jika anda semua masih memilih untuk  berurusan lagi dengan saya.

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN, SEREMBAN 2, JELEBU, MANTIN, NILAI, PORT DICKSON
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------

1 comments:

  1. Semoga terus sukses dgn bisnis ni dan membantu orang2 yg memerlukan dgn produk2 yg baik.

    ReplyDelete

Copyright © 2015 FQ RayaKaya All Right Reserved