Breaking News
Loading...
Sunday 14 June 2015

Resepi Brownies Gummee Yummee Paling Mudah

Alhamdulillah akhirnya sempat juga ku berkongsi kan resepi ini.

Credit kepada pemilik resepi sebenar yang saya dapat dari Google jugak. Tak ingat dari siapa.

(Semoga Allah limpahkan rezeki yang murah juga buat beliau..)

Itu pun selepas gagal mendapat rasa yang betul-betul saya suke hasil dari percubaan beberapa resepi yang lain. Mungkin silap saya kot tak follow resepi betul-betul.

Hasil saya gigih mengGoogle, saya jumpe resepi yang paling mudah ini!

Kiranya yang ini memang saya cuba buat terus jadi, dan sewaktu resepi ini saya taip, ada dah 5 ke 6 kali kot saya dah masak brownies ni. Memang sedap dan sedap dan sedap!

(Dan, baru lah sempat nak share di sini!)

Semoga bermanfaat buat kalian, dan kalau boleh buat jadik sampai sedap, saya sarankan anda yang nak bisnes, jual brownies ni je!

Bahan-bahannya;

1. 6 sudu besar serbuk koko
2. 1/4 cawan mentega cair
3. 1 cawan gula perang
4. 1/2 sudu kecil esen vanilla
5. 1/4 sudu kecil garam
6. 1/3 cawan tepung gandum
7. 2 biji telur
8.  Kekacang

Nota;

- saya pakai serbuk koko yang repackaging punye, beli sekali banyak kat kedai bahan buat kek tu.

- untuk cairkan mentega, sila pakai teknik "double boiling", tapi sebab saya kurang rajin, maka saya masukkan aje dalam microwave! Senang bukan?

- saya tak pakai gula perang, pakai gula pasir biasa aje!

- make sure tepung gandum jangan terlebih, nanti brownies tak jadi gummee yummee!

- kekacang ni ikutlah tekak nak pakai kacang apa, biasanya memang pakai badam.

***Dan yang paling penting kenapa saya suke resepi ini sebab tak payah pakai mixer!

(Bancuh pakai tangan aje cik kak!)

Cara-caranya;

1. Sekalikan kesemua bahan yang kering.
2. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan mentega yang dah dicairkan.
4. Masukkan telur.
5. Masukkan kekacang.

Panaskan oven anda dalam 5 minit dengan;

Suhu 160 darjah Celcius.
Masakkan brownies dalam masa 25 minit dengan pembakaran atas bawah.

Jangan lebih!

Selamat mencuba ye~

Dah buat sekali mesti nak buat lagi dan lagi dan lagi!

Sebab memang sedap!



Ni antara gambar yang sempat dan saya ingat nak snap. Hehe.

Kebiasannya dalam masa 48 jam dah habis. Anak-anak saya memang suke!
----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN, SEREMBAN 2, JELEBU, MANTIN, NILAI, PORT DICKSON
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

  1. nak buat nanti..dah siap beli dah sukatan cup2 tu kat MR DIY. Senang sesangat. Eh badam tu nak kene sangai dulu tak?

    ReplyDelete
  2. nak buat nanti..dah siap beli dah sukatan cup2 tu kat MR DIY. Senang sesangat. Eh badam tu nak kene sangai dulu tak?

    ReplyDelete

Copyright © 2015 FQ RayaKaya All Right Reserved