Breaking News
Loading...
Wednesday 11 February 2015

Resepi Bubur Ayam Mudah dan Sedap!

Bila time demam, mulalah kembang tekak, perit kelat aje nak telan nasi kan?
Ape lagi masakan yang paling sedap atas muka bumi ni kalau bukan bubur ayam ye tak?

Masaknye pun mudah..sesuai sangatla dengan keadaan kita yang tak berapa nak bertenaga sangat kan..

Lagi elok ajar kan suami kita cara masaknya..boleh la kita sambung rehat sementara nak tunggu bubur siap ye dakkk..

Saya dah cuba resepi ni, so nak ajak korang cuba gak..

Ehhh, tak semestinya time demam je boleh masak...time kurang rajin nak masak nasi berlauk pon bolehhh..kikikikiki..

Kredit : Google Image


Jom tengok bahan-bahannya!

1 cawan beras
Air secukupnya
1 inci halia (diketuk)
1 sup bunjut
Ayam (ikut tekak nak banyak mana)
Garam
1 kiub ayam

Bawang goreng dan daun sup untuk hiasan

Cara-caranya;

1. Rebus ayam sehingga empuk, air rebusan jangan dibuang dan ayam boleh dicarik halus.

2. Beras yang sudah dibasuh dan ditos boleh dimasukkan ke dalam stok ayam tadi. Masukkan air sedikit demi sedikit, ikut tekak nak lembut macam mana.

3. Bila beras dah mula mendidih, masukkan halia yang telah diketuk tadi, kiub pati ayam, sup bunjut dan sedikit garam.

4. Taraaa, bila dah masak, hidangkan bila dah tabur bawang goreng dan daun sup sebagai menambah meter kesedapan!

5. Kalau nak pedas boleh tambah sambal kicap yang dah gaul dengan cili api. Fuhhh, slurrrppp!

6. Nak lagi kaw, makan dengan telur masin..wow! Terus elok demam yer?

Mudah tak? Senang kan~~~
Selamat mencuba!
----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN, SEREMBAN 2, JELEBU, MANTIN, NILAI, PORT DICKSON
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------

8 comments:

  1. Wah, resepi yang sangat mudah untuk disediakan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...sesuai la untuk ketika tak berapa nak rajin masak..resepi paling lazat tatkala demam!

      Delete
  2. nyum.. nyum.. mudah dan berkhasiat. ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai untuk mak-mak yang kurang rajin macam saya..kikikiki

      Delete
  3. Mudah disediakan dan nampak sedap...hehe... :)

    ReplyDelete
  4. Baca pun dh terasa sedap nih! La ni jgk buat hehee

    ReplyDelete
  5. bermanfaat sekali artikelnya. Kunjungi juga www.greenmommyshop.com yang menyediakan kosmetik organik dan aman untuk kesehatan karena free dari bahan kimia.

    ReplyDelete

Copyright © 2015 FQ RayaKaya All Right Reserved