Breaking News
Loading...
Wednesday 17 December 2014

Mengapa bersedih, Allah kan ada!

Siapa sedang di duga?
Siapa yang tengah down?
Siapa yang sedang dilanda kemurungan?
Siapa yang rasa macam putus asa sangat-sangat?

Anda?

Mari saya sedapkan hati anda dengan coretan ini.

Saya belajar dari kehidupan. Pengalaman adalah guru saya yang terbaik. Saya semakin memahami bahawasanya apabila saya di bawah, Allah sedang mempersiapkan saya untuk kembali ke atas!

Bila dan bagaimana, hanya Allah sahaja yang tahu.

Saya tahu peritnya dugaan.
Saya faham pedihnya menanggung duka dan lara.
Saya maklum betapa anda rasa gelapnya dunia anda, terasa ditinggalkan keseorangan.

Tiada tempat untuk meluah rasa.
Tiada siapa yang sudi memahami.
Tiada peluang untuk menceritakan luka di hati.

Sebab Allah minta kita hanya mengadu kepada Dia.

Jangan risau kerana dugaan yang Allah ciptakan untuk kita adalah sesuai dan mampu untuk kita hadapinya. Malah, jangan bertambah risau sebab setiap apa yang Allah uji, Allah dah siapkan solusinya.

Tinggal kita sahaja untuk meminta!

Allah Maha Tahu kerana Allah yang mencipta kita.

Sebagaimana Allah Maha Tahu betapa banyaknya dosa yang kita akan lakukan!

Tuhan kita Maha Pengasih, Maha Penyayang. Maha Pengampun. Maha Memahami. Maha Kuasa memakbulkan permintaan kita, atau berikan yang lebih baik dan sesuai dengan keperluan kita.

Yakin, bahawa tatkala tangan kita menadah memohon doa, Allah tak akan pulangkan tangan kita dengan tangan yang kosong! Allah tidak mungkir janji seperti manusia!

Tatkala kita diduga dan diberi kesulitan, Dia tak tinggalkan kita keseorangan. Di sinilah silapnya kita. Allah rindu mendengar pengaduan kita. Allah rindu nak dengar doa-doa kita. Allah rindu nak dengar keluh kesah kita.

Maka, Allah turunkan ujian, tanda Dia rindu, tanda Dia sayang!

Saya mohon, agar kita sama-sama lihat ujian yang Allah beri adalah manis, adalah sesuatu yang wajib disyukuri! Petanda terbaik bahawasanya Allah ingat kepada kita.

Bagaimana seandainya kita dilupakan?

Perit bukan?

Sesama manusia pun kita dah rasa seksa dilupakan.

Apatah lagi pencipta kita!

Amalkan sujud syukur setiapkali selepas solat fardhu. Petanda kita berterima kasih kerana Allah masih sudi nak kurniakan kita Taufiq dan HidayahNya kepada kita.

Taufiq dan Hidayah inilah yang membuatkan kita masih terus menerus berdoa, berusaha, bergantung harap kepadaNya. Kalau tak dikurniakan Taufiq dan Hidayah ini, bukankah kita akan kufur nikmat?

Saya sematkan di hati kata-kata ini;

Apabila kita mula bangkit dan berusaha melakukan yang terbaik, malah lebih baik dari terdahulunya, maka inilah petandanya Allah sedang memakbulkan permintaan kita

Dan yang ini..


Dah lega sedikit bukan?

Hanya mengingati Alah yang buat hati kita tenteram, tenang dna bahagia.

Banyakan berzikir, beristighfar. Kerana setiap kesusahan pasti ada kesenangan!

Dan, seorang teman baik mengirimkan bait-bait ayat ini buat saya..juga buat anda!


Jangan menyerah

Kesedihan mu itu hanya sementara
Kehidupanmu masih panjang
Masih banyak yang bisa kau perbaiki
Janganlah kau izinkan kesedihan yang sementara itu membuatmu menyerah
Walau betapa pun pedih
Sudah lah..hapuslah air matamu
Engkau jiwa kecintaan Tuhanmu
Engkau pasti diselamatkan
Bangkitlah
Tidak mungkin kesedihan yang kau sabari itu...
Tidak dihadiahi dengan bahagia... bersama orang-orang yang lebih baik dan dalam keadaan yang lebih membahagiakan
Bangkitlah
Hiduplah dengan sebaik-baiknya
Jangan pernah menyerah
Sesungguhnya kamu bisa


Rasa nak bangkit tak?
Rasa bersemangat tak?

Sebab Allah memang TAK PERNAH LUPAKAN KITA!

Jom dengar lagu Maher Zain nak? Ala, lagu "Insya-Allah" tu..

Semoga entri ini bermanfaat buat anda!

Jumpa lagi!

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN 2, JELEBU
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------

4 comments:

  1. Sentiasalah solat 5 waktu, Insyaa-Allah hati menjadi tenang..

    ReplyDelete
  2. ye...hanya bersujud kepada Allah membuatkan kita bahagia dan tenang~

    ReplyDelete
  3. Saya sedang gembira.. Alhamdulillah. Semoga Allah bagi rezeki happy kepsds kita semua. :D

    ReplyDelete
  4. Gembira pon rezeki kan? InsyaAllah di sebalik kesusahan Allah ganjarkan kesenangan..hidup tak sunyi dengan dugaan..yang penting Allah ada! Senyummmm~~

    ReplyDelete

Copyright © 2015 FQ RayaKaya All Right Reserved