Cekodok Tepung lembut hingga ke petang! Resepi mudah dan pantas!
Sewaktu post ini ditulis, saya mendengar lagu "All My Life" oleh KC and Jojo.Lagu nostalgia zaman sekolah menengah.
Eh, tuanya diriku!
========================================================================
Saya nak share resepi paling segera dan sesuai buat PERMAISURIrumah mahupun yang masih bujang dan single apetah lagi dah bertunang yang nak pikat hati bakal mak mertua.
Hehe.
Anak-anak saya sukakan cekodok ini. Mereka kata sebab "cekodok ummi takde sayur"
Pandailah!
Tapi memang, resepi cekodok saya sebelum ni memang saya letak bawang dan ikan bilis gitu-gitu aje, memang tak makan lah diorang! At the end, ummi yang habiskan sambil menangis sendu!
Okay, jom tengok bahan-bahannya!
Saya ambil gambar dari Google (thanks Google) dan memang bahan inilah SAHAJA yang saya gunakan. Alahai, mudahnya nak kenyangkan perut suami dan anak-anak dah tu lembut yang bertahan lama.
Penting untuk dinyatakan di sini.
"Ianya bertambah sedap adalah kerana air tangan dan zikir-zikir yang kita bacakan"
Kawan-kawan, inilah bahan-bahannya! Sonang amek bak kato oghang Nogoghi!
Haaa..senang kan?
Memang ini aje ramuannya.
Garam Adabi ni saya baru aje pakai, macam tertarik dengan packaging yang warna biru. Sejuk mata memandang. (Kau tengok, pengaruh warna dan design memang menjadi "masalah" utama kaum ibu)
Ikan bilis memang WAJIB beli yang dah siap kopek. Tak banyak masa nak beli yang belum siap disiang, lebih mudah walau terpaksa bayar mahal sikit! Hee..
Apa yang membuatkan cekodok tu jadi lembut adalah nasi tu! Ia, memang betul dan sesungguhnya memanglah jadi lembut. Sampai ke petang! Inilah "killing ingredient" resepi cekodok tepung lembut sampai ke petang ini~~~~ (Joget-joget)
Cara-caranya adalah....
- Kisarkan bawang besar bersama ikan bilis dan nasi putih. Biasa saya letak dua cawan nasi. Kalau bangun pagi tengok ada nasi semalam yang macam tak cukup pun nak buat nasi goreng, memang cekodok tepunglah resepi kami! Kisarkan dengan air tau, letak air jangan terlalu banyak.
- Tuangkan bahan yang dikisar ini dalam besen, tabur garam secukup rasa. Letak tepung ikut sukatan yang anda mahu.
- Gaulkan mereka ini dengan sebati, untuk tambahkan lagi kelembutan yang tidak berbelah bagi, (heee...) biasa saya gaulkan bahan ini dengan letak dalam setengah cawan air panas.
- Gaulkan lagi sebatian ini, lihat seandainya masih belum sesuai untuk digoreng, tambah pula air paip ke air putih ke..ikut cara masing-masing.
- Bila dah gaul sebati, bolehlah cekodok tepung ini digoreng! Goreng dengan minyak yang betul-betul panas untuk kasi kerak cekodok yang rangup!
Senang bukan? Anak suka, suami setuju!
Maka jadilah seperti yang di dalam gambar ini. Nampak macam takdelah sedap sangat ye tak? Walhal...sedap tau,tau,tau!
Anda dijemput mencuba!
Anda boleh aje tambah bahan yang lain, saya buat resepi ini untuk anak-anak, dorang kan taknak ada "benda asing" dalam cekodok dorang..haih.. (-_-")
Post ini diakhiri dengan lagu "Viva Forever" by Spice Girl!
Confirm, ku memang dah tua!
----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN 2, JELEBU
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment