Breaking News
Loading...
Monday, 29 September 2014

Teruskan apa yang sudah bermula! Yakin boleh!

Anda ada impian?
Ada mimpi yang gila-gila?
Ada keinginan yang nampak mustahil? (tapi tak mustahil di mata Allah SWT!)

Anda dah bermula mengorak langkah mengejar impian?
Atau masih teragak-agak? Rasa tak mampu, rasa tak padan, rasa tak yakin?

Persoalannya, sudahkan anda bermula untuk melangkah?

Haaa...di sinilah silapnya kita, hanya berani bermimpi tapi tak berani cari jalan untuk mulakan! Yakin, kalau betul caranya, Allah SWT redha dan izinkan, pasti kita beroleh impian kita.



Bagaimana ingin bermula?

Catatkan apa impian anda, dan mohon Allah SWT ilhamkan caranya untuk anda menggapai impian anda. Ehhh, memangla kena bertindak, wajib "work hard" dan fokus! Bila sudah berusaha serahkan kepada Allah SWT untuk mengganjarkan kita upahnya.

Ingat, lagi banyak kita doa, lagi Allah SWT suka, sebab kita betul-betul mengharap hanya pada Dia. Tapi kalau doa aje tak boleh jugak ye, mesti seiringkan dengan usaha. Usaha pulak mesti bertubi-tubi, tak dapat cara A buat sampai Z! Tak berjaya jalan ni, buat sampai jumpa jalan! Pasti ada!

Di pertengahan jalan, seandainya ada ujian dan tribulasi..apa pilihan anda? Nak teruskan atau pilih untuk berhenti, taknak buat dah, nak buang jauh-jauh? Jangan, jangan sesekali pilih untuk berputus asa..kerana Allah SWT dah berjanji, apabila kita berdoa, Allah SWT tak akan pulangkan tangan kita yang menadah untuk berdoa itu dengan tangan yang kosong.

Allah SWT sama ada akan memakbulkan doa-doa kita, atau memberikan yang lebih baik dan yang penting, bersesuaian dengan keperluan kita.


Saya selalu berpegang pada prinsip ini,
"Allah SWT memberikan kita sesuatu yang terbaik di mataNya, boleh jadi yang buruk itu baik untuk kita dan yang baik itu juga boleh jadi tidak bermanfaat bagi kita. Dia yang mencipta kita, Dia tahu apa yang terbaik buat kita"

YAKIN DENGAN ALLAH
YAKIN DENGAN ALLAH
YAKIN DENGAN ALLAH

Turun naik kehidupan itu memang lumrah. Dugaan yang mendewasakan kita, saat kita rasa terjatuh berguling, saat inilah kita sepatutnya rasa bersyukur yang amat sangat sebab Allah SWT bagi peringatan kepada kita dengan cara yang lemah lembut. Mungkin selama ini kita lupa diri, kita kurang bersyukur, jadi, ujianlah yang membuatkan kita "back to basic"

Apa yang berlaku di dalam kehidupan ini adalah dengan rencana dan perancangan Allah SWT. Allah SWT ingin menjadikan kita hambaNya yang hebat. Lihat lah sifat sebutir berlian, jika tidak ditempa dengan tekanan yang tinggi, manakan boleh menjadi cantik berkilau begitu bukan?

Sabar dan sangka baik dengan apa yang kita sedang lalui. Katakan pada diri, yakin bahawa Allah SWT sedang mempersiapkan kita untuk menjadi hebat. Allah SWT nak bagi kita pangkat dan darjat yang lebih tinggi dari sebelumnya. Jangan pula lupa diri nanti, sebab bila Allah SWT naikkan darjat kita, dah tentu untuk kita berkongsi manfaatnya dengan orang lain...jangan sombong bongkak..sebab hidup ini resamnya untuk memberi..

Sewaktu saya mengikuti seminar Dr Azizan Osman, dia berpesan seandainya kita dah ada impian, terus bergerak untuk mengejar impian kita, buat dahulu langkah pertamanya, kemudian mohonlah dari Allah SWT untuk diberikan ilham dan idea, apa yang mesti dibuat selepas itu!

Berusaha dengan bersungguh-sungguh sehinggalah kita layak mendapat bantuan dari Allah SWT.
Bersungguh-sungguh tau. Sampailah bantuan Allah SWT tiba.

Jangan putus asa.
Jangan menyerah kalah.
Kita hidup bertuhan kan Allah SWT.
Buang rasa takut, rasa gelisah, rasa ragu-ragu, tak yakin, was-was itu dengan memperbanyakkan mengingatiNya..banyakkan berdoa banyakkan mengadu, banyakkan merintih merayu kepada Allah SWT. Pulangkan segala harapan dan pergantungan kepada Allah SWT 100%!

Insya Allah, hati kan tenang!


Saya doakan anda berjaya dalam mengejar impian anda. No pain, no gain! Dan seandainya anda disakiti, adalah kerana Allah SWT minta anda jadi lebih kuat, lebih berhati kering, lebih bersemangat waja!

Accept 50 YES and 50 NO!

Maksudnya, bila anda dah mencapai 50 yang terima anda, 50 yang menolak anda, insya Allah untuk yang ke 51 dan seterusnya, anda dah KENTAL dan TABAH untuk hadapi ujian, dugaan, dalam apa jua bentuk yang datang.

Teruskan apa yang sudah kita mulakan..tiada siapa yang bertanggungjawab untuk merealisasikan impian kita, HANYALAH DIRI KITA SENDIRI!

Bangkitlah, bangun dan berlari menuju kejayaan!
KITA BOLEH, ingat, TIADA APA YANG MUSTAHIL bagi Allah SWT.
Sebesar mana pon masalah kita, dugaan kita, ujian kita, besar lagi Tuhan kita!
Tatkala diuji, sabar dan solat lah..mohon petunjuk, insyaAllah pasti ada jalannya!
(Macam lagu Maher Zain tu kannn..)

Bahagia itu pilihan, tiada seorang hamba pon yang nak menderita, yang nak berduka..pilihlah untuk terus gembira dan bahagia..dapatkan dengan mengikut syariatNya..insyaAllah, pasti berkekalan dan pahalanya boleh di bawa ke negeri sana!

Pilihlah untuk BAHAGIA!

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN 2, JELEBU
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 FQ RayaKaya All Right Reserved