Breaking News
Loading...
Tuesday, 23 September 2014

Donut paling senang, sedap, gebu dan lembut!

Ehhh...saya tak jual donut ni tau..
Saje nak share dengan anda..kalau kekeringan idea nak masak apa untuk sarapan mahupun minum petang, boleh lah rajin-rajinkan diri buat donut guna resepi saya ni..

Serius, memang senang giller!

Sedap, lembut, gebuuuu!

Bahan-bahannya adalah..

  1. Tepung gandum - secawan
  2. Yis segera Mauripan - sesudu teh ( Bancuh dengan air suam sebanyak 1/4 cawan dan biarkan seketika)
  3. Marjerin - sesudu besar (biarkan dalam suhu bilik sebelum guna)
  4. Susu pekat - sesudu besar
  5. Secubit garam
  6. Gula untuk sadurkan pada donut nanti
Ha...tu aje bahannye..senang kannn?

Tak sampai setengah jam pon nak buatnya..untuk adunan ini dapatla hasilkan 4 biji donat.
Biasa saya buat 2 adunan untuk makan 6 beranak. Jadila kannn..saya buat bentuk bulat-bulat supaya senang anak-anak nak makan..

So mula-mula masukkan tepung, marjerin (saya pakai Planta), susu pekat (saya pakai Gold Coin) dan secubit garam..uli sampai la semua bahan ni dah bersatu..pastikan tak berketul-ketul tau..

Bila dah nampak sebati, tuangkan sikit demi sedikit air bancuhan yis segera tadi, saya memang pakai Mauripan..senang dan sedap pulak tuh jadinye doh donut saya tu!

Bila dah masukkan semuanya, uli doh tu sampai segala tangan kita dah jadi bersih, maksudnya doh dah tak melekat kat tangan.

Biarkan doh dalam setengah jam atau anda tengok kalau dah kembang setaman tu memang dah kira siap la tu..saya akan biarkan doh ni ditutup dengan kain yang lembab. 

Bila dah setengah jam,  uli lagi dalam masa 3-5 minit sebelum doh dah ready untuk digoreng!

Goreng dengan api yang sederhana, pakai api besar nanti kalau dah masak kat luar risau pulak kat dalam masih mentah!

Dah siap goreng, golek-golekkan donut comel tu dengan gula.

Senang bukan???
Ihsan Google : Sedapnya donut!

Mudahnya mendonat! Pasti suami dan anak-anak bertambah sayang!
----------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik, "hot selling" di Malaysia ini??
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : FAEZAH ABDUL JALIL
Pengedar Sah Shaklee Kawasan SENAWANG, AMPANGAN, SIKAMAT, SEREMBAN 2, JELEBU
Shaklee ID [ No : 880125]
Fon : 013-3807761
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Triple-FQ-Shoppe/153463454757147
Email : faezah010203@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 880125.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya, pengedar TERDEKAT anda!
----------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

  1. Saya suka makan donut. Kemudian dicicah dengan kopi O.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cicah kopi o?sedapnyeee..tak pernah cuba! donut ni memang fevret anak-anak juga..ni resepi yang paling simple pernah try..memang puas hati! :)

      Delete

Copyright © 2015 FQ RayaKaya All Right Reserved